Believe in Yourself

Be the Best
You Can Be

fit is sunnah
take the first step is what separates the winners from the losers

SYARAT UNTUK
UNTUK SERTAI TBL

Berdaftar

Berdaftar dengan Lembaga Penilai Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta

IKUT Tatacara

Komited untuk mengikut tatacara dengan betul.
Ibu mengandung, underweight dan sudah berat ideal tidak boleh sertai.

SAMPAI SELESAI

Komited untuk sertai dan buat sampai tarikh tamat TBL

JANGKAMASA PERTANDINGAN

1 Januari 2024 -
31 Mac 2024

CHALLENGE YOURSELF.
TAKE IT TO THE NEXT LEVEL.

PErSIAPAN

Medical checkup

Kami cadangkan/ sunat muaakad, untuk anda buat Medical Checkup sebelum start PEHAM - TBL, ianya bagus untuk anda melihat progress kesihatan, sebelum pertandingan dan setelah tamat pertandingan. Boleh buat di Klinik Panel PEHAM Klinik Iris Putra Sentral dengan harga istimewa. Klik pada gambar untuk location.

penimbang digital

Wajib ada dan menggunakan Penimbang Digital. Kerana pertandingan TBL memerlukan berat badan yang tepat secara digital yang mempunyai dua titik perpuluhan, contohnya 65.52. Boleh klik gambar untuk beli penimbang yang disarankan. Atau anda boleh beli sahaja jenama lain.

mindset

Anda perlukan Mindset yang betul, dan sebenarnya anda benar-benar mahukan tubuh badan yang sihat, akal yang sihat dan kehidupan yang sihat. Bukan untuk orang lain tapi untuk anda sendiri! Bersedialah untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Rasai keajaiban.

TATACARA
PERTANDINGAN

Klik setiap tajuk untuk tatacara penuh

Disini anda wajib memerlukan Penimbang Digital, anda perlu snap gambar penuh satu badan sebelum pertandingan, kemudian berdiri atas penimbang dan snap berat digital yang tertera bersama dengan kaki anda. Pastikan penimbang berada di kawasan rata dan lantai keras. Rujuk gambar contoh dibawah:-

Anda perlu mendaftar sebagai peserta PEHAM – The Biggest Loser dan upload gambar yang telah diambil didalam ruangan borang yang disediakan. Borang penyertaan akan dibuka pada 25 Disember 2023 dan ditutup pada 31 Disember 2023.

Anda wajib update berat semasa dengan jujur pada setiap minggu sepanjang Pertandingan berlangsung. Borang update berat akan diberikan kepada anda setiap minggu (borang berbeza) dari minggu 1 sehingga 12 dan borang terakhir (sesi update berat penutup) pada 31 Mac 2024. Iaitu 1 minggu 1 kali update.

Setiap kali update perlu sertakan gambar diatas penimbang dengan jelas number digital, kaki dan lantai tertera. Borang penutup perlu upload semula gambar penuh satu badan. 

Pastikan tempat ditimbang adalah tempat yang lebih kurang sama.

Setiap minggu pihak penganjur akan update carta terkini siapakah yang mendahului carta. Hanya nama sahaja akan diberikan. 

Pemenang dipilih melalui peratusan berat badan tertinggi yang turun.

Contoh kiraan :- 

Berat asal 105kg
Turun kepada 90kg

(105kg-90kg) / 105 x 100 = 14.28%

Bermaksud 14.28% adalah peratusan penurunan.

Pemenang yang mempunyai peratusan penurunan tertinggi akan dikira sebagai pemenang!

Pemenang akan dijemput dan diumumkan masa penyampaian hadiah didalam Majlis khas yang akan diberitahu kelak.

Keputusan adalah muktamad.

*sekiranya pihak penganjur mendapati ada sebarang penipuan dan ketidakjujuran dari peserta, kemenangan boleh dibatalkan dan diberikan kepada pihak peratusan tertinggi seterusnya.
*gambar hadiah hanyalah ilustrasi sahaja
*penganjur berhak menukar kepada hadiah yang senilai yang dirasakan perlu atas faktor tertentu.
*hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai.

Hadiah Pemenang

Tempat Pertama
Garmin Smarwatch Venu 3

Tempat Kedua
Samsung Smartwatch 6 LTE

Tempat Ketiga
Amazfit Smartwatch T-Rex 2

Yuran penyertaan
PERCUMA UNTUK AHLI PEHAM
RM50 Untuk bukan ahli
(automatik menjadi ahli peham)