Berdaftar dengan Lembaga Penilai Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta
Komited untuk mengikut tatacara dengan betul.
Ibu mengandung, underweight dan sudah berat ideal tidak boleh sertai.
Komited untuk sertai, WAJIB update setiap minggu dan buat sampai tarikh tamat TBL

Kami cadangkan/ sunat muaakad, untuk anda buat Medical Checkup sebelum start PEHAM - TBL, ianya bagus untuk anda melihat progress kesihatan, sebelum pertandingan dan setelah tamat pertandingan. Boleh buat di Klinik Panel PEHAM Klinik Iris Putra Sentral dengan harga istimewa. Klik pada gambar untuk location.

Wajib ada dan menggunakan Penimbang Digital. Kerana pertandingan TBL memerlukan berat badan yang tepat secara digital yang mempunyai dua titik perpuluhan, contohnya 65.52. Boleh klik gambar untuk beli penimbang yang disarankan. Atau anda boleh beli sahaja jenama lain. (Click pada gambar untuk melihat penimbang yang dicadangkan)

Anda perlukan Mindset yang betul, dan sebenarnya anda benar-benar mahukan tubuh badan yang sihat, akal yang sihat dan kehidupan yang sihat. Bukan untuk orang lain tapi untuk anda sendiri! Bersedialah untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Rasai keajaiban.
Klik setiap tajuk untuk tatacara penuh
Disini anda wajib memerlukan Penimbang Digital, anda perlu snap gambar penuh satu badan sebelum pertandingan, kemudian berdiri atas penimbang dan snap berat digital yang tertera bersama dengan kaki anda. Pastikan penimbang berada di kawasan rata dan lantai keras. Rujuk gambar contoh dibawah:-
Anda perlu mendaftar sebagai peserta PEHAM – The Biggest Loser dan upload gambar yang telah diambil didalam ruangan borang yang disediakan. Borang penyertaan akan dibuka pada 17 Disember 2025 dan ditutup pada 26 Disember 2024.
Anda wajib update berat semasa dengan jujur pada setiap minggu sepanjang Pertandingan berlangsung. Borang update berat akan diberikan kepada anda setiap minggu (borang berbeza) dari minggu 1 sehingga 12 dan borang terakhir (sesi update berat penutup) pada 18 Mac 2026. Iaitu 1 minggu 1 kali update.
Setiap kali update perlu sertakan gambar diatas penimbang dengan jelas number digital, kaki dan lantai tertera. Borang penutup perlu upload semula gambar penuh satu badan.
Pastikan tempat ditimbang adalah tempat yang lebih kurang sama.
Tarikh Update:-
Minggu 1 – 1 Januari
Minggu 2 – 8 Januari
Minggu 3 – 15 Januari
Minggu 4 – 22 Januari
Minggu 5 – 29 Januari
Minggu 6 – 5 Februari
Minggu 7 – 12 Februari
Minggu 8 – 19 Februari
Minggu 9 – 26 Februari
Minggu 10 – 5 Mac
Minggu 11 – 12 Mac
Minggu 12 (Akhir) – 18 Mac
Setiap minggu pihak penganjur akan update carta terkini siapakah yang mendahului carta. Hanya nama sahaja akan diberikan.
Pemenang dipilih melalui peratusan berat badan tertinggi yang turun.
Contoh kiraan :-
Berat asal 105kg
Turun kepada 90kg
(105kg-90kg) / 105 x 100 = 14.28%
Bermaksud 14.28% adalah peratusan penurunan.
Pemenang yang mempunyai peratusan penurunan tertinggi akan dikira sebagai pemenang!
Pemenang akan dijemput dan diumumkan masa penyampaian hadiah Raya BERSAMA PEHAM pada 16 April 2026.
Keputusan adalah muktamad.
*sekiranya pihak penganjur mendapati ada sebarang penipuan dan ketidakjujuran dari peserta, kemenangan boleh dibatalkan dan diberikan kepada pihak peratusan tertinggi seterusnya.
*gambar hadiah hanyalah ilustrasi sahaja
*penganjur berhak menukar kepada hadiah yang senilai yang dirasakan perlu atas faktor tertentu.
*keputusan dari penganjur adalah muktamad. Sebarang pertikaian tidak akan dilayan.
Tempat Pertama
Wang Tunai RM1500
Tempat Kedua
Wang Tunai RM1000
Tempat Ketiga
Wang Tunai RM500
Tempat Ke-4 hingga 10
Wang Tunai RM100